PeribahasaTimur beralih ke sebelah barat.TakrifLelaki menurut perintah perempuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKapal besar ditunda jongkong.TakrifOrang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeras bagai batu, tinggi bagai langit.TakrifTiada mahu menurut perintah; keras kepala.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDisuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah.TakrifPatuh menurut perintah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkemudi ke rusuk.TakrifOrang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkemudi di haluan, bergilir ke buritan.TakrifOrang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKemudi di haluan, bergilir ke rusuk.TakrifOrang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|