PeribahasaAlur bertempuh, jalan berturut.TakrifDilakukan menurut adat yang biasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe mana condong, ke mana rebah.TakrifSudah dilakukan menurut adat yang biasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana ranting dipatah, di situ air disauk.TakrifHendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMakan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.TakrifKahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemalam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut.TakrifHendaklah menurut adat istiadat di negeri yang kita tumpangi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung.TakrifHendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang yang selancaran alu, atap yang berjahit, bendul bertekan.TakrifPerkauman yang dekat menurut adat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTumbuh pada alur sudah diturut; tumbuh pada jalan sudah ditempuh.TakrifSegala kewajipan menurut adat sudah dikerjakan, sehingga tidak ada yang ketinggalan lagi. alur = maksudnya aturan; ditempuh = dijalani.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHaruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat.TakrifOrang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat diisi, lembaga dituang.TakrifMengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah diadatkan. (Bandingkan dengan: Adat bertentu, bilang beratur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|