PeribahasaPunggur rebah, belatuk menumpang mati.TakrifApabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHinggap seperti benalu.TakrifMenumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLalang yang terbakar, sicerek menumpang mati.TakrifTerlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena kecipak orang berbelut). sicerek = sebangsa tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan tercirit di periuk.TakrifJangan berbuat angkara pada tempat kita menumpang; jangan berbuat jahat kepada orang yang telah menolong kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana binatang umang-umang di mana sarang udang di situ tempat menumpang.TakrifOrang yang hidupnya bergantung kepada orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemberakkan periuk nasi sendiri.TakrifMengkhianati tempat mencari nafkah atau tempat menumpang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak.TakrifKehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLecah di kaki.TakrifSeorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTempat makan jangan diberaki.TakrifJangan berbuat angkara di tempat mencari makan atau di tempat menumpang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKena kecipak orang berbelut.TakrifTerlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |