PeribahasaBerkuah air mata.TakrifSelalu menderita susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
  PeribahasaBarang tergenggam jatuh terlepas.TakrifMenderita kemalangan sehingga barang yang sudah dimiliki hilang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
  PeribahasaBak anjing tersepit.TakrifKetika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
  PeribahasaDestar habis, kopiah luluh.TakrifMenderita kemalangan terus-menerus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
  PeribahasaDimakan kapang habis berlubang.TakrifMenderita penyakit kelamin. kapang = sejenis teritip.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
  PeribahasaLicin bagai basuh perahu.TakrifMenderita kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
  PeribahasaMenyandang lemang hangat orang.TakrifMenderita kerana akibat perbuatan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
  PeribahasaTak tahu akan kain lagi.TakrifMenderita sakit payah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
  PeribahasaBiar senget jangan tertiarap.TakrifLebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
  PeribahasaPucuk layu disiram (= ditimpa) hujan.TakrifSetelah menderita barulah mendapat kesenangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |