PeribahasaMenarik rambut di dalam tepung.TakrifBersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenarik pangkur ke dada.TakrifInsaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pedang bermata dua.TakrifMenarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [= pisau] mata dua).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti parang (= pisau) mata dua.TakrifMenarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyenduk kuah dalam pengat.TakrifSia-sia saja; menarik keuntungan daripada orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak (= terhempas).TakrifLebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kapal tiga tiang.TakrifGaya perjalanan seorang perempuan yang amat menarik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti penjajap berpaling hendak hilir.TakrifPerempuan yang berjalan keluar dari rumahnya, hebat dan menarik. penjajap = kapal perang orang Melayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar.TakrifTerdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak.TakrifBersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menarik rambut di dalam tepung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |