PeribahasaBertiraikan banir.TakrifTidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua, c. Bertilam pasir). banir = akar yang tumbuh pada pangkal pohon.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertilam pasir.TakrifTidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkelambukan gua.TakrifTidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkandilkan bulan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkandilkan bulan.TakrifTidak mempunyai rumah tempat tinggal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemelihara penyengat dalam baju.TakrifMempunyai musuh dalam rumah tangga sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti limau masak seulas.TakrifMempunyai kelebihan daripada yang lain (kepandaian atau kekayaan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak seorang, penaka tidak.TakrifMempunyai barang hanya sebuah saja. penaka = boleh dipandang sebagai; semisal, seumpama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkotakan (= berkubukan, bernegerikan) betis.TakrifTidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeli dua selubang.TakrifSeorang perempuan yang mempunyai kekasih dua orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkeras tidak berkeris.TakrifBertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |