PeribahasaMembawa perut ke rumah orang.TakrifSelalu bertandang makan ke rumah orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBaik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang.TakrifTidak sombong; rendah diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.TakrifSeorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan bawa resmi jagung: makin berisi makin jegang (= tegak).TakrifMakin kaya (berilmu) makin sombong. (Bandingkan dengan: a. Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang, b. Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata.TakrifSeorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang.TakrifSeorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBaik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana.TakrifLebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.TakrifKita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSokong membawa rebah.TakrifOrang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: Pagar makan padi [= tanaman]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai perempuan membawa perut.TakrifOrang yang buncit perutnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa |
|
Puisi |
---|
|
Saya ke darat ke Pulau Lidi, Buah padi pisang jeranang; Jangan diharap membawa diri, Hendak membawa hati tak senang.
Lihat selanjutnya... |
|