PeribahasaBercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang.TakrifMemperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. (Bandingkan dengan: Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIngin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak.TakrifIngin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSumbang mata memandang itik bertaji, ayam berkerat susuh.TakrifSangatlah ganjil memandang sesuatu perkara yang dilakukan tidak dengan sewajarnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya.TakrifMemang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan.TakrifMemang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul.TakrifBerapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih mata kerana memandang.TakrifMenanggung rindu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi.TakrifOrang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak (ber)pucuk di atas enau.TakrifSangat sombong, memandang rendah kepada orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDisangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan.TakrifMendapat bahaya kerana memandang ringan akan perkara (bahaya) yang kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata memandang; |
|
Puisi |
---|
|
Saya tidak memandang bulan, Mari selindung sebalik tabir; Saya tidak memandang tuan, Hati beramuk bagai nak hancur.
Lihat selanjutnya... |
|