PeribahasaDaunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga.TakrifOrang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDaun 'lah melayang, buah jatuh ke perdu juga.TakrifTiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.TakrifPerempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTeras terunjam, gubal melayang.TakrifPenduduk peribumi akan tetap tinggal di negerinya, sedangkan orang-orang asing akan meninggalkannya; orang yang baik budi bahasanya akan dimuliakan walaupun tidak berharta. gubal = kayu yang lunak, antara kulit dengan teras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGetah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh.TakrifAnak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak sir berdegak, sir melayang.TakrifJika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau getah meleleh, kalau daun melayang.TakrifDalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang.TakrifOrang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.TakrifOrang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.TakrifKasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
476 | When poverty comes in at the door, love flies out of the window | Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. | Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. | She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! | Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
478 | When the wolf comes in at the door, love creeps out of the window | Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. | Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. | She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! | Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
477 | When poverty comes in at the door, love flies out of the window | Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. | Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah. | She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! | Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang saya, tak ada wang abang payah? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Berkawan melayang ke kuala, Hinggap mari di dahan duku; Manakala dikenang hatiku gila, Cintakan puteri belahan jiwaku.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 478 When the wolf comes in at the door, love creeps out of the window Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|