PeribahasaKita semua (= sekalian) mati, tetapi kubur masing-masing.TakrifMasing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRambut sama hitam, hati masing-masing berlainan.TakrifTiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain orang, lain pendapat.TakrifMasing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai orang mencacak tonggak saja.TakrifMasing-masing diam tidak berkata-kata. mencacak = berdiri tegak lurus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.TakrifTiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLubuk dalam si kitang-kitang yang empunya.TakrifMasing-masing orang itu dengan daerahnya sendiri-sendiri. kilang -kilang = sejenis ikan laut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertanjak baru bertinjau.TakrifMenurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain dulang lain kaki, lain orang lain hati.TakrifMasing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertangga naik, berjanjang turun.TakrifMenurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjanjang naik, bertangga turun.TakrifMenurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Sang seromba ikan serinding, Anting-anting arus berduri; Angin dan ombak mematah beting, Masing-masing membawa diri.
Lihat selanjutnya... |
|