PeribahasaBatu direbus masakan empuk.TakrifOrang bodoh tak dapat diberi ajaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu bengkok, masakan lurus bayangannya!TakrifOrang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti biawak, masakan hilang kesatnya.TakrifOrang-orang yang rendah budi pekerti tentu bahasanya kasar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak ada api, masakan ada asap.TakrifJika tidak bersalah masakan dituduh orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak ada ribut masakan daun bergoyang.TakrifSesuatu itu terjadi dengan sebab musababnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBaru bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup.TakrifBelum banyak untungnya sudah belanja besar-besaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.TakrifKalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenatang setahun hujan di langit, air di laut masakan tawar.TakrifNasihat yang baik takkan mengubah kejahatan yang besar. menatang = membawa di tapak tangan, menating.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah.TakrifTentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBaru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokok.TakrifBelum banyak untungnya sudah belanja besar-besaran. (Peribahasa lain yang sama makna: Baru bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |