PeribahasaDipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu.TakrifKeadaan yang serba salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTutup lutut, terbuka pusat; lepas kaki, leher terjerat.TakrifKesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersaksi ke lutut.TakrifMinta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau.TakrifKepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiraih siku ngilu, direngkuh lutut sakit.TakrifKeadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembuangkan nasinya yang tersaji di lutut.TakrifMeninggalkan pekerjaan yang senang lalu mencari pekerjaan yang susah. nasi di lutut = untung baik, nasib orang yang berbahagia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkata-kata dengan lutut.TakrifBerkata-kata dengan orang yang bodoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi tersaji di lutut.TakrifKeuntungan yang diperoleh dengan mudah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar.TakrifKepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
144 | You'll be damned if you do and damned if you don't | Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. | Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu | The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried | Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata lutut |
|
Puisi |
---|
|
Buah pinang dipegang-pegang, Bawa mari kampung Cik Daud; Bila ingat diriku dagang, Air mata jatuh ke lutut.
Lihat selanjutnya... |
|