PeribahasaBerebut temiang hanyut, tangan luka, temiang tak dapat.TakrifBerkelahi merebutkan sesuatu barang: barangannya tak dapat, badan luka-luka. (Biasa juga: Merebut temiang belah). temiang = sebangsa buluh tipis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLuka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.TakrifMendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLuka sudah hilang, parutnya tinggal juga.TakrifOrang yang berselisih itu meskipun sudah berdamai tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar luka di dada, jangan luka di belakang.TakrifBiar alah sesudah melawan, daripada alah kerana melarikan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMacam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka.TakrifPerlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh.TakrifLain yang disindir lain yang merasa hati; lain yang berbuat salah lain pula yang merasa susah. menyiuk (siuk) = menarik nafas kerana sakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMudah luka payah sembuhnya.TakrifMencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggaru luka lama.TakrifPerselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh.TakrifYang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur, b. Siapa berkotek, siapa bertelur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar mati ditangkap harimau, jangan mati digigit anjing.TakrifAlah di tangan orang yang kuat lebih baik daripada alah di tangan orang lemah. (Bandingkan dengan: Biar luka di dada, jangan luka di belakang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
70 | If the cap fits, wear it | Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. | Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh | When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. | Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh!" tempelak pengeluar filem itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata luka |
|
Puisi |
---|
|
Kati-kati dalam perahu, Anak punai merah matanya; Luka hati siapakan tahu, Luka tangan tampak darahnya.
Lihat selanjutnya... |
|