PeribahasaDi belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula.TakrifMenghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah. mengeting = memotong urat keting.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitarik ia menanduk, digiring ia menyepak.TakrifOrang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. (Bandingkan dengan: a. Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula, b. Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk)SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk.TakrifKeadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|