PeribahasaLemak penyelar daging.TakrifMemboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.TakrifOrang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan.TakrifSesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIsi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita.TakrifKita yang berusaha, orang lain yang senang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungguhpun lemak santan, akhirnya basi juga.TakrifOrang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.TakrifSesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiidam seperti babi lemak.TakrifDendam yang tak habis. diidam = menaruh dendam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah-lembut santan berlada.TakrifPerkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatu pun empuk, jangankan hati manusia.TakrifPerkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |