PeribahasaTernak bergembala, parak berpagar.TakrifHarta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengata dulang paku (= bawak) serpih, mengata orang aku (= awak) yang lebih.TakrifMencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJual sutera beli mastuli.TakrifDapat ganti yang lebih berharga lagi. mastuli = kain tebal yang amat mahal harganya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembasuh muka dengan air liur.TakrifMemperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti keranjang bobos.TakrifTiada puas dengan apa yang diperolehnya dan berkehendakkan lebih banyak lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembasuh najis dengan mala.TakrifMembuang keaiban (malu dan sebagainya) dengan perbuatan yang lebih aib lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuang kuali ambil belanga.TakrifMenceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari semak ke belukar.TakrifMenceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuang daun keladi, berselimut daun birah.TakrifMenceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.TakrifTerhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |