PeribahasaOrang lapar diberi nasi.TakrifMemperoleh apa yang diingininya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang mengantuk disorongkan bantal).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaPerut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas.TakrifHidup dalam kemiskinan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaSeperti anjing lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam.TakrifBantuan yang diperoleh tepat pada waktunya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaMalu makan, perut lapar.TakrifKalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaLaksana antah lemukut (= melukut), lapar sangat baru berguna.TakrifSesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaPerut kosong penggilap otak.TakrifLapar menyebabkan orang berfikir.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaPerut tiada bertelinga.TakrifSia-sia memberi nasihat kepada orang yang lapar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaYang menanti padang tak berumput, yang mendatang kurus kedut-kedut.TakrifOrang yang lapar meminta pertolongan kepada orang yang melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaOrang mengantuk disorongkan bantal.TakrifMemperoleh apa yang diingininya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang lapar diberi nasi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaSegan bergalah, hanyut serantau.TakrifKalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Malu makan, perut lapar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
 
				 
			 
				
					
  
    | Rujukan | 
    Peribahasa Inggeris | 
    Makna | 
    Peribahasa Melayu | 
    Contoh Bahasa Inggeris | 
    Contoh Bahasa Melayu | 
    Sumber | 
   
  | 216 | When all fruit fails, welcome haws | Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki. | Laksana antah (lemukut), lapar sangat baru berguna | During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws. | Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - laksana antah (lemukut), lapar sangat baru berguna . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Mudik beralun kelong ditahan,      Bemban hanyut dengan uratnya;  Perut lapar lalu kutahan,      Hati rindu tiada ubatnya.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |