PeribahasaLaksana terung bertunang ikan kering.TakrifSangat sesuai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana taji dibentuk.TakrifKening yang elok.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana sebuku gaharu, sukat dibakar makin berbau.TakrifBaru memperlihatkan keunggulannya bila perlu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana sampan pukat.TakrifOrang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana pohon kayu tiada berbuah.TakrifIlmu yang tiada diamalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana pencalang tersarat, tiada ke timur tiada ke barat.TakrifOrang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana mencari sungai yang tiada berhulu.TakrifBerpenat lelah dengan sia-sia saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana lemping terbuang.TakrifBagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana lembu kasi: galak saja tiada melawan.TakrifOrang yang besar tubuh tetapi penakut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.TakrifOrang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |