PeribahasaSawah berpermatang (= berpiring), ladang berbintalak.TakrifSegala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLadang yang berpunya.TakrifPerempuan yang sudah kahwin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenari (= merentak) di ladang orang.TakrifBersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe sawah tidak berluluk, ke ladang tidak berarang.TakrifMemperoleh keuntungan tidak dengan bersusah payah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan.TakrifBelanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemagar kelapa (= kerambil) condong, buahnya jatuh ke ladang orang.TakrifKita yang bersusah payah, orang lain yang mendapat hasilnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kambing lepas ke parak.TakrifMemilih makanan dengan sesuka hati. parak = ladang, kebun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbuat di alang tahun, belayar di luar musim.TakrifMengerjakan sesuatu bukan pada waktunya. alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |