PeribahasaKuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit.TakrifMerasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau.TakrifSekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). rengkuh = menarik kuat-kuat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai.TakrifMerasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat tertawa koyak bibir.TakrifBersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat lilit kerana simpulnya.TakrifKekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat.TakrifOrang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya. (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.TakrifKelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.TakrifBerbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat, b. Terdorong gajah kerana besarnya). (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor.TakrifBercakap besar di belakang-belakang saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPaku sebatang, kuat bunyi tukulnya bertalu-talu.TakrifBercakap besar tetapi bukti kerja tidak ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuat-kuat |
|
Puisi |
---|
|
Kuat ribut malam tadi, Sapu tangan jatuh ke laman; Hajat abang datang ke mari, Hendak tidur berbantal lengan.
Lihat selanjutnya... |
|