PeribahasaKuali mengatakan belanga hitam.TakrifOrang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuang kuali ambil belanga.TakrifMenceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkan di kuali, habis melompat.TakrifNasib yang malang. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan digulai sudah melompat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti telinga kuali.TakrifTiada mahu mendengar nasihat orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bertanak di kuali.TakrifTerlalu murah hati sehingga binasa kerananya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBermata mata kayu, bertelinga telinga kuali.TakrifTiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali.TakrifLebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKata periuk belanga hitam.TakrifOrang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuali mengatakan belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPeriuk mengumpat belanga.TakrifOrang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaram di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali.TakrifKalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |