PeribahasaTangan kanan jangan percaya tangan kiri; luka tangan kanan oleh tangan kiri.TakrifJangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.TakrifJika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.TakrifNasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri.TakrifOrang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa, tidak berdaya untuk melawan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan naik matahari naik.TakrifMendapat untung dan bahagia di kiri kanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.TakrifSesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil. memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLonggar sendat, lapang bertukul.TakrifBerpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam, pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak.TakrifKeburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah. pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.TakrifPerbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
625 | United we stand, devided we fall | Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai. | Muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah. | ''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party. | ''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah.,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
624 | United we stand, devided we fall | Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai. | Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh* | ''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party. | ''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiri |
|
Puisi |
---|
|
Kiri jalan kanan jalan, Batang pauh dibuat titi; Kirim jangan pesan jangan, Biar sama berjauh hati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 624 United we stand, devided we fall Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai. Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh* ''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party. ''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|