PeribahasaKilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan.TakrifDalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.TakrifOrang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai belut digetir (= diketil) ekor.TakrifCepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pantasnya seperti kilat, b. Seperti kilat pantasnya). digetir = dicubit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kilat senja, bagai petir tunggal.TakrifKetangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang kilat dalam kilau.TakrifKepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. (Bandingkan dengan: Hilang ikan dalam kerabu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPantasnya seperti kilat.TakrifCepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Seperti kilat pantasnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kilat pantasnya.TakrifCepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Pantas seperti kilat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebelum hujan petir berpalu, kilat bersabungan.TakrifMenceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaWalau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga.TakrifBagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta.TakrifKias dan sindiran tidak ada ertinya bagi orang yang bodoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |