PeribahasaKecil-kecil anak harimau.TakrifMeskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil lada api, besar-besar limau abung.TakrifMeskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil cili Melaka.TakrifMeskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil cabai rawit.TakrifMeskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil-kecil anak harimau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil pun api.TakrifBarang sesuatu yang dapat mendatangkan bahaya janganlah dibiarkan walaupun sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil beliung, tumbang juga kempas yang besar.TakrifWalaupun orang itu kecil tetapi dapat juga ia mengalahkan orang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil anak sudah besar menjadi onak.TakrifAnak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang.TakrifHutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri.TakrifWalau bagaimanapun senang di rumah besar kepunyaan orang, tidaklah sama dengan kesenangan di rumah sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga.TakrifBiarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. sikikih = sebangsa enggang, kecil sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |