PeribahasaTamak hilang malu, loba dapat kebiasaan.TakrifPerolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUsang dibarui, lapuk dikajangi.TakrifKebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang adat tegal muafakat.TakrifAdat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi air mandi.TakrifSudah jadi kebiasaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat yang kawi, syarak yang lazim.TakrifAdat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMakanan enggang hendak dimakan oleh pipit.TakrifHendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak.TakrifKebiasaan sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenumbuk di periuk, bertanak di lesung.TakrifMelakukan sesuatu yang menyalahi kebiasaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis miang kerana bergeser.TakrifSesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung.TakrifJangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |