PeribahasaMencencangkan lading patah.TakrifMembanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAgung susut, pongah masih.TakrifKebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang kilat dalam kilau.TakrifKepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. (Bandingkan dengan: Hilang ikan dalam kerabu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencencangkan sesuatu lading yang hilang.TakrifMembanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencencangkan lading patah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRendah dianjung tinggi, kecil diambak besar.TakrifKebesaran seseorang itu kerana dimuliakan dan dibesarkan oleh anak buahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjungkit-jungkit bagai bilah lantai.TakrifOrang yang mengada-ada kerana kekayaan atau kebesaran yang baru diperolehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPinjam kayu ara.TakrifMeminjamkan wang kepada orang besar, akhirnya rugi percuma. (kayu ara semboyan kebesaran).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |