PeribahasaMelepaskan peluru petunang.TakrifMengeluarkan kata-kata yang tepat. peluru petunang = peluru yang berjampi untuk mengenai sasarannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bunyi gung tertangkup.TakrifKata-kata yang tidak jelas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHanya air dingin yang dapat memadamkan api.TakrifKata-kata yang lemah-lembut saja yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPasang masuk muara.TakrifTerlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenganga baru meludah.TakrifFikirkan masak-masak sebelum mengeluarkan kata-kata yang pedas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeris pedang (= lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia.TakrifKata-kata lebih tajam daripada senjata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKata dulu bertepati, kata kemudian berceraian (= bercari).TakrifJanji hendaklah ditetapi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kata biarlah kota).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan.TakrifTidak mahu mengakui kebenaran. rahmat = belas kasihan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKata tidak dipegangnya, janji tidak ditepatinya.TakrifOrang yang suka mungkir janji.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKata periuk belanga hitam.TakrifOrang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuali mengatakan belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |