PeribahasaAyam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.TakrifOrang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan.TakrifSebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki.TakrifLelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau bunga bukan [= tidak] sekuntum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tidak ada senapang, baik berjalan lapang.TakrifJika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi.TakrifOrang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. sepiak = seketip, sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak sir berdegak, sir melayang.TakrifJika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak ada kulit bercerailah (= rerak) tulang.TakrifOrang yang sangat kurus. rerak = rosak berpisah-pisah, berantakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak bermeriam, baiklah diam.TakrifOrang yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak berduit (= berwang), ke mana pergi tercuit-cuit (= terbuang).TakrifOrang yang tidak berwang selalu melarat hidupnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak ada berlela, baiklah mereka.TakrifJika tak ada daya upaya maka terimalah nasib. mereka = mencari akal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |