PeribahasaSukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya.TakrifOrang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembalik-balik kaji.TakrifMembangkit-bangkit perkara yang telah lama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut.TakrifKepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang.TakrifKepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKurang sisik, tinggal lidi di buku; selidik, tinggal kaji di guru.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|