PeribahasaSepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).TakrifKadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDidului bak melanting babi.TakrifMendului membuat sesuatu pekerjaan itu kadang-kadang berhasil baik. melanting = melempar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki.TakrifMelakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlampau dikadang, mentah.TakrifKerana terlalu diperbagus, akhirnya menjadi buruk. kadang (= mengadang) mengeringkan air nasi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat.TakrifJangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang kuat. ikan lais-lais = sebangsa ikan kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|