PeribahasaJika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa.TakrifSiapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani.TakrifSebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain.TakrifPerempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika berpuluh-puluh kali batang beralih (= bertindih), cacing di bawah juga.TakrifWalaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika berjumbai tempat bergantung.TakrifTanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika baik ada cacatnya.TakrifTidak ada yang sempurna benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup.TakrifLebih baik mati daripada hidup menanggung malu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang.TakrifOrang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan (= ditanjakkan).TakrifUntuk menyampaikan maksudnya, maka segala daya upaya akan dilakukan. dandang = sebangsa perahu; tanjakan = pendakian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Makan buah berdulang-dulang, Makanan anak si perantau; Jika tuah berbalik pulang, Jika tidak hilang di rantau.
Lihat selanjutnya... |
|