PeribahasaSekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera.TakrifSekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera.TakrifSekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan pisang berbuah dua kali.TakrifSekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan dua kali orang tua kehilangan tongkat.TakrifSekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan pisang berbuah dua kali).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan serik luka dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga.TakrifKesukaran tidak pernah menghalangi orang untuk berusaha mencari nafkah hidupnya. serik = jera.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran.TakrifTerlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri. kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|