PeribahasaJarum halus kelindan sutera.TakrifTipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerat halus kelindan sutera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda jarum hendaklah ada benangnya.TakrifTiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tuntung jarum dilaga.TakrifSesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya). tuntung = hujung yang runcing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.TakrifKita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan.TakrifApabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masukSumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengadu hujung jarum (= penjahit).TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemasukkan (= mengenakan, menjalankan) jarum halusnya.TakrifMengenakan tipu daya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBenang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya.TakrifKetangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJahit sudah, kelindan putus.TakrifHabis (= selesai) sama sekali. kelindan = benang pada jarum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJerat halus kelindan sutera.TakrifTipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jarum halus kelindan sutera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |