PeribahasaJaras dikatakan raga jarang.TakrifOrang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJaras katanya raga jarang.TakrifOrang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLeka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada.TakrifMembuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerputik dulu baru berbunga, buahnya jarang dimakan beruk (= monyet).TakrifPerempuan yang hamil sebelum kahwin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau dicampak bunga takkan dibalas tahi.TakrifBiasanya sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan kejahatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti orang pemakan candu, dengan candu sampai mati.TakrifPerbuatan yang sudah dibiasakan, jarang dapat ditinggalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.TakrifOrang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata jarang. |
|
Puisi |
---|
|
Telur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri.
Lihat selanjutnya... |
|