PeribahasaPergi ke telaga terlupa membawa timba, timba yang dicari dapat yang tiada bertali.TakrifJalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCampak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.TakrifOrang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera.TakrifSekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJalan raya titian batu.TakrifAdat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak.TakrifHendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas.TakrifAdat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang.TakrifBerusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya. setelempap = selebar tapak tangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLah tampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung.TakrifOrang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. menarung = menyentuh, menyerandung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMacam kepiting jalan.TakrifOrang yang berjalan miring.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeiring bertukar jalan, sekandang tidak sebau, seia bertukar sebut.TakrifMeskipun maksudnya sama tetapi caranya berlainan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |