PeribahasaApa tampangnya, itulah tumbuhnya.TakrifHasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBarang yang dikata, itulah kota.TakrifJanji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKilangan patah awak itulah menghimpitnya.TakrifMendapat celaka kerana kesalahan sendiri. kilangan = apitan tebu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas.TakrifOrang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidaklah telaga mendapatkan timba.TakrifOrang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiapa yang berkata harus berkota.TakrifJanji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Barang yang dikata, itulah kota).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata itulah |
|
Puisi |
---|
|
Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati.
Lihat selanjutnya... |
|