PeribahasaKe gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari.TakrifBagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIndah khabar daripada rupa.TakrifPerkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.TakrifBiarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus.TakrifIndah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai di kayangan.TakrifMerasa senang pada suatu tempat yang indah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menumbuk padi hampa.TakrifPerkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak sir berdegak, sir melayang.TakrifJika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata indah-indah |
|
Puisi |
---|
|
Rendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki.
Lihat selanjutnya... |
|