PeribahasaHujung lurus, pangkal berkait.TakrifKelihatannya baik, teta[I di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b. Telunjuk lurus, kelingking berkait).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengadu hujung jarum (= penjahit).TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUjung (hujung) lurus, pangkal berkait.TakrifKelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b. Telunjuk lurus, kelingking berkait).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerteras ke hujung dahan.TakrifSuami yang tunduk di bawah perintah isterinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerniaga di hujung lidah.TakrifOrang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.TakrifOrang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergantung di hujung kuku.TakrifDalam keadaan yang sangat berbahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung [di] rambut sehelai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmbun di hujung rumput.TakrifTiada kekal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHidup di hujung gurun orang.TakrifHidup melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi penghubung hujung lidah (= mulut).TakrifOrang yang menyampaikan pesan seseorang dalam suatu perundingan atau peralatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |