PeribahasaHari tidak siang saja.TakrifTidak selamanya senang terus-menerus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHari tak selamanya panas.TakrifUntung dan malang silih berganti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya.TakrifOrang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHari ini patutlah redup (= panas keras).TakrifMengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHari guruh takkan hujan.TakrifOrang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau bertempek tak [kan] makan orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIni hari orang, besok hari kita.TakrifMalang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat)SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu.TakrifSelalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda hari, ada nasi.TakrifAsal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersuluh tengah hari.TakrifPerbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Lagi terang lagi bersuluh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLah panas hari, kacang lupa akan kulitnya.TakrifOrang yang tiada ingat akan asalnya setelah menjadi kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
19 | A barking dog never bites | Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya. | Hari guruh tak akan hujan | "I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly. | "Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Hari guruh tak akan hujan ," jawab Ali dengan tenang. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Hari-hari tolak bertimba, Jaraknya batang jambu; Hari-hari tolak bercinta, Hajat hati guring sekelambu.
Lihat selanjutnya... |
|