PeribahasaSedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya.TakrifWaktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelekatkan kersik ke buluh.TakrifPekerjaan yang dilakukan dengan susah payah tetapi sia-sia. (Bandingkan dengan: Menampalkan kersik ke buluh). kersik = pasir kasar, batu kerikil halus-halus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJerat halus kelindan sutera.TakrifTipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jarum halus kelindan sutera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJarum halus kelindan sutera.TakrifTipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerat halus kelindan sutera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendakkan halus, genting; genting putus sudahnya.TakrifPerbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerpasang jerat halus.TakrifTerkena tipu muslihat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab bahasa menunjukkan bangsa.TakrifBudi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain kasah di atas duri.TakrifDalam sikratulmaut. kasah (kasa) = kain putih yang halus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |