PeribahasaDi padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket.TakrifOrang yang hanya suka makan atau menerima hak orang lain, tetapi hak sendiri disimpan atau disembunyikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerpelanting memilihi, terserak mengampungkan.TakrifKewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak orang, anak orang juga.TakrifKalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunganya dipersunting, pangkalnya diberaki.TakrifSeseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga dipetik, perdu ditendang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga dipetik, perdu ditendang.TakrifSeseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlah pinta dibuat sempena.TakrifBiar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSarang unam dimasuki ketam, menjadi umang-umang.TakrifMenyamarkan diri kerana sesuatu muslihat; orang yang suka menggunakan hak milik orang lain. unam = sejenis siput.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertukik jejak mendaki, tersendorong jejak menurun.TakrifKaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata hak; |
|
Puisi |
---|
|
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu bersimpul pulih; Hak jinak menjadi jalang, Ke mana hatiku hendak boleh.
Lihat selanjutnya... |
|