PeribahasaKurang sisik, tinggal lidi di buku; selidik, tinggal kaji di guru.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian.TakrifMurid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari.TakrifMurid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGuru kencing berdiri, murid kencing berlari.TakrifMurid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKemahiran itu sebaik-baik guru.TakrifSesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.TakrifSukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati.TakrifDalam keadaan yang serba salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak.TakrifDalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
149 | You'll be damned if you do and damned if you don't | Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. | Akan mengaji, surat lah hilang; akan bertanya, guru lah mati | The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried | Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti akan mengaji, surat lah hilang; akan bertanya, guru lah mati . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata guru |
|
Puisi |
---|
|
Dari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi.
Lihat selanjutnya... |
|