PeribahasaTangan bagai lipas kudung.TakrifGerak tangan yang cepat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCik puan melangkah ular tak lepas.TakrifGerak-geri perempuan yang lemah lembut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNampak kulitnya tahulah isinya.TakrifPada rupa muka atau gerak gerinya tahulah kita akan sifatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalas bergarit, perut perit.TakrifMalas berusaha tentulah kelaparan. garit = gerak, perit = pedih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKulai-balai bagai petai sisa pengait (= dikait).TakrifOrang yang lemah-lembut gerak gerinya. (Biasa juga: Kulai-balai bagai senduk didukung). kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai kucing di atas tembok.TakrifOrang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali tersengat, selalu beringat.TakrifOrang yang telah pernah menderita kesusahan (kecelakaan), maka berhati-hatilah ia dalam semua gerak-gerinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang.TakrifOrang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga.TakrifOrang yang telah pernah menderita kesusahan (kecelakaan), maka berhati-hatilah ia dalam semua gerak-gerinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali tersengat, selalu beringat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKena kecipak orang berbelut.TakrifTerlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |