PeribahasaDibilang genap, dipapar ganjil.TakrifLahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk tak genap, keluar tak ganjil.TakrifOrang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata.TakrifKeadaan yang serba salah; keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian. sekupang = sepuluh sen; kancah berkerawang = kawah berukir.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti sang genap: ada orang adalah dia.TakrifSuka turut campur tangan dalam urusan orang lain, walaupun tidak disukai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBungkal genap menahan cuba, emas baik menahan uji.TakrifKeutamaan sifat seseorang dapat diuji dan dicuba. genap = cukup timbangannya; bungkal (bungkalan) = anak timbangan, ukuran berat emas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmpat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela.TakrifTutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang itu empat gasal, lima genap.TakrifOrang yang suka berbantah dan berlainan faham daripada orang banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh.TakrifPerkara yang sudah terang. sangkap = genap, cukup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan.TakrifLahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan.TakrifOrang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk tak genap, keluar tak ganjil).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |