PeribahasaSeperti orang kecabaian.TakrifSangat gelisah. kecabaian = berasa panas pada mulut (tangan dan sebagainya) kerana kena cabai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerpijak bara hangat.TakrifSangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak ayam kebasahan bulu.TakrifGelisah resah; menjijikkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jawi terkurung siang.TakrifSangat gelisah kerana tidak bebas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKera (= monyet) kena belacan.TakrifSangat gelisah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti duduk dalam duri.TakrifSangat gelisah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai terpijak batu hangat.TakrifSangat gelisah, tidak dapat tenang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tidur di atas miang.TakrifSangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terpijak bara hangat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti cacing kepanasan.TakrifTidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas, b. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerloncat-loncat bagai ulat pinang.TakrifSangat gelisah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |