PeribahasaAwak alah gelanggang usai.TakrifDitimpa kemalangan yang tak dapat diatasi lagi. usai = lengang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.TakrifBercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak pernah masuk gelanggang bergung.TakrifTercengang-cengang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam yang tangkas di gelanggang.TakrifOrang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.TakrifKalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGeneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.TakrifMenunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.TakrifKalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelanggang |
|
Puisi |
---|
|
Main sengat pantang dipegang, Main senduk bawa berlaga; Main semangat berjuang gelanggang, Main meredah hujan tenaga.
Lihat selanjutnya... |
|