PeribahasaAngkat batang keluar cacing gelang-gelang.TakrifBerpenat-penat mengerjakan pekerjaan orang yang tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah pun tidak diperoleh daripadanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat.TakrifKeuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGelang tidak laga sebentuk, laga keduanya.TakrifCinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak. Bandingkan dengan: Bagai bertepuk sebelah tangan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang.TakrifOrang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menambah gelang bini.TakrifPemberian yang tak kelihatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSetumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin.TakrifCocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti cincin dengan permata).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaki untut dipakaikan gelang.TakrifMaksudnya hendak memperelok, tetapi semakin buruk jadinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti cincin dengan permata.TakrifCocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLangit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang.TakrifFikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRendah bilang-bilang disuruki (= diseluduki), tinggi kayu ara dilangkahi.TakrifBerbuat sesuatu atau menghadapi seseorang hendaklah menurut peraturan yang lazim. bilang-bilang = gelang, sejenis tumbuhan yang rendah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |