PeribahasaDibilang genap, dipapar ganjil.TakrifLahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk tak genap, keluar tak ganjil.TakrifOrang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSumbang mata memandang itik bertaji, ayam berkerat susuh.TakrifSangatlah ganjil memandang sesuatu perkara yang dilakukan tidak dengan sewajarnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmpat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela.TakrifTutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki.TakrifMelakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan.TakrifLahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan.TakrifOrang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk tak genap, keluar tak ganjil).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjil |
|
|