| 
	
                            
		
			
				
					
  | PeribahasaHarap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.TakrifGaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaGeneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.TakrifMenunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaPucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah.TakrifMalas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaLicin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang.TakrifGagah atau angkuh kerana harta orang lain. selang = pinjam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaSeperti lonjak alu penumbuk padi.TakrifBerjalan dengan langkah yang gagah kerana suka atau sombong.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | PeribahasaMenjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus.TakrifIndah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  | | Tesaurus | 
|---|
 |  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagah |  | 
 | 
| Puisi | 
|---|
 |  |  | 
 Laksamana Bentan datang menyembah,
 Merendah diri walaupun gagah;
 Raja adil raja disembah,
 Raja zalim raja disanggah.
 
 
 
 Lihat selanjutnya...
 | 
 |