PeribahasaDua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah.TakrifOrang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeroja berpegang ekor.TakrifKepercayaan yang setengah hati. beroja = menggalaki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang.TakrifOrang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkelahi di ekor alahan.TakrifMemperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. alahan = bekas alur sungai, bendungan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCerdik bagai ekor kerbau.TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKepala yu, ekor babi.TakrifSuka berpura-pura atau bermuka dua.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLangau di ekor kerbau, debu di atas tunggul.TakrifKedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengebat tidak erat, memancung tidak putus, b. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMuka licin, ekor berkedal.TakrifPada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMoncong seperti ekor ayam.TakrifTak berhenti-henti bercakap; tiada diam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSementara menyorok ekor habis.TakrifOrang yang malang nasibnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |